Iqra Wartaqi Centre ni ana tubuhkan sejak 2018 dulu dan kini dah berkembang kepada 3 cawangan.
Bila bertambah pelajar, kini dah lebih 300 pelajar, tentunya komitmen dan tenaga untuk jaga pelajar-pelajar mesti digandakan agar semua berjalan lancar.
Kelas yang ana buat ni terletak di pinggir bandar. Sewa pun RM600 je sebulan, takde mahal sebab kawasan bukan bandar.
Latar belakang penduduk sekitar pun tidak lah berpendapatan tinggi, menyebabkan masalah kemampuan nak bayar yuran.
Ana nak buat kelas percuma, tak mampu. Takde sponsor.
Yuran ana ambil RM60 je sebulan. Tapi sebab segelintir pelajar tidak berkemampuan maka tunggakan jadi makin bertambah makin bertambah.
Nak berhentikan pelajar? ana tak akan buat gitu. Sebab mereka ada potensi untuk belajar.
Jadi...
Ana anjurkan kelas-kelas semacam ini. Yuran kelas yang tuan/puan bayar ni saya akan masukkan ke dalam Tabung Tajaan Pelajar Miskin.
Kelas terdekat, adalah kelas Waqaf Ibtidak.
Ini adalah satu bab yang amat-amat penting tapi ramai yang abaikan benda ni.
Pembaca Alquran bila tak tahu bab ini, mereka akan baca ikut dan. Kekadang mendatangkan makna ayat yang rosak.
Kelas ni percuma sahaja (tiada rakaman) !
Rakaman ni ana just nak bagi hadiah kepada "penderma sahaja"..
Tak kisah berapa jumlah derma, semua layak dapat "rakaman"..
**bawah ni ana tepek poster jumlah tunggakan.
Kelebihan sedekah online ni, kita dapat "lebih jaga" hati kita.
Sebab?
Tiada siapa yang tengok sedekah kita.
Hanya kita dengan Allah sahaja.
"Ya Allah, berkatilah dan balaslah kepada mereka dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang diberi.
Jika RM10, balaslah dengan RM100 atau lebih.
Jika RM100, balaslah dengan RM1000 atau lebih"